Geografi Albania

Albania berkeluasan 28,748 kilometer persegi,terletak di selatan Eropah, bersempadan dengan Montenegro di barat laut, Kosovo di timur laut, Makedonia Utara di sebelah timur dan Greece di selatan. Albania terletak di antara latitude 42° dan 39° di utara dan antara longitude 21 dan 19° timur (Sazan-Vernik).panjang pesisir pantai Albania ialah 476 km, sepanjang Laut Adriatik dan Laut Ionian,tanah rendah di bahagian barat menghadap Laut Adriatik.

Tasik Shkoder,tasik terbesar di Selatan Eropah.

70% muka bumi negara adalah bergunung-ganang. Gunung tertinggi ialah Gunung Korab terletak didaerah Diber, setinggi 2,764 meter. Terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Albania, Kosovo dan Macedonia.

Selain ibu negara Tirana, yang mempunyai 700,000 penduduk, bandar-bandar utama ialah Durres, korce, Elbasan, Shkoder,Gjirokaster, Vlore dan Kukes. 

Tiga tasik tektonik yang paling besar dan dalam di semenanjung Balkan sebahagiannya terletak di Albania. Tasik Shkoder di barat laut negara mempunyai permukaan yang berbeza-beza antara 370 km2 dan 530 km2, satu pertiga tasik ini dimiliki Albania dan selebihnya oleh Montenegro. Pesisir tasik di bahagian Albania sepanjang 57 km. Tasik Ohrid terletak di tenggara negara dan dikongsi bersama antara Albania dan republic Macedonia. Ia mempunyai kedalaman maksimum 289 meter dan kepelbagaian flora dan fauna yang unik juga ada di sini, termasuklah fosil hidupan yang telah pupus. Kerana nilai sejarah dan alam semulajadi yang tinggi, Tasik Ohrid diletakkan di bawah jagaan UNESCO. Terdapat juga Tasik Blurint yang merupakan tasik tektonik yang kecil. Terletak di Taman Negara Blurint. Albania juga mempunyai 13 pulau, kebanyakannya bersaiz kecil, hanya dua buah pulau sahaja yang mempunyai keluasan melebihi satu kilometer persegi, iaitu Sazan dan Kune.

Rujukan

WikiPedia: Albania http://www.instat.gov.al/al/themes/popullsia/publi... http://www.instat.gov.al/en/themes/population/publ... http://www.albanian.com/community/index.php http://www.albaniantourism.com/ http://www.coe.int/T/E/Com/About_Coe/Member_states... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2018/01/we... http://hdr.undp.org/en/content/income-gini-coeffic... http://hdr.undp.org/sites/default/files/hdr_2015_s... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=A... https://web.archive.org/web/20170803171148/http://...