Kosovo
Kosovo

Kosovo

Kosovo (Bahasa Albania: Kosova, Kosovë; Bahasa Serbia: Косово "Kosovo" atau Косово и Метохија "Kosovo i Metohija"[4]) ialah sebuah kawasan yang dipertikaikan di rantau Balkan. Republik Kosovo (Bahasa Albania: Republika e Kosovës; Bahasa Serbia: Република Косово, Republika Kosovo) sebuah negara yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri dan menerima pengiktirafan sesetengah negara sahaja, menguasai kebanyakan wilayahnya secara de facto, di samping penguasaan terhad di Kosovo Utara.[petikan diperlukan] Serbia tidak mengiktiraf pemisahan Kosovo secara unilateral[5], sebaliknya menganggap Kosovo sebagai entiti tadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam wilayah kedaulatan Serbia, iaitu Wilayah Autonomi Kosovo dan Metohija (Bahasa Serbia: Аутономна Покрајина Косово и Метохија, Autonomna Pokrajina Kosovo i Metohija), menurut Perlembagaan Serbia 2006.[6] Metohija (Bahasa Albania: Dukagjini or Rrafshi i Dukagjinit) adalah bahagian barat di seluruh wilayah berkenaan.Kosovo yang tiada pantai bersempadan dengan Serbia Tengah di utara dan timur, Republik Macedonia di selatan, Albania di barat dan Montenegro di barat laut (ketiga-tiga negara tersebut selain Serbia mengiktiraf kedaulatan Republik Kosovo). Bandaraya terbesar dan ibu kota Kosovo ialah Pristina (juga dieja Prishtina atau Priština), diiringi bandaraya-bandaryaa lain seperti Peć (Bahasa Albania: Peja), Prizren, Đakovica (Bahasa Albania: Gjakova), dan Kosovska Mitrovica (Bahasa Albania: Mitrovica).Pada baharian klasik, wilayah yang lebih kurang berpadanan dengan Kosovo masa kini pernah diduduki oleh bangsa Dardani.[7] Kemudian, wilayah Dardani ditakluki oleh empayar-empayar Rom, Byzantine, Bulgaria dan Serbia. Berikutan Pertempuran Kosovo pada tahun 1389, wilayah berkenaan menjadi sebahagian Empayar Uthmaniyyah; maka kawasan ini mendekati Timur Tengah dan penduduknya memeluk agama Islam. Pada akhir abad ke-19, Kosovo menjadi pusat kebangkitan kebangsaan Albania. Pada tahun 1912, wilayah Uthmaniyyah ini terbelah di antara Montenegro dan Serbia, kedua-duanya kemudian menganggotai Yugoslavia pada tahun 1918. Pada Perang Dunia Kedua, kebanyakan tanah Kosovo jatuh dalam wilayah Albania tawanan Itali, diikuti pendudukan Jerman Nazi sebelum menjadi wilayah autonomi di RPS Yugoslavia.Setelah Perang Kosovo dan Pengeboman NATO di Yugoslavia pada tahun 1999,[8] wilayah Kosovo menerima pentadbiran sementara dari Misi PBB di Kosovo (UNMIK), yang kemudian menyerahkan kebanyakan peranannya kepada Misi Kedaulatan Undang-Undang Kesatuan Eropah di Kosovo (EULEX) pada Disember 2008.[9] Pada Februari 2008, Perhimpunan Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan Kosovo sebagai Republik Kosovo. Kemerdekaannya diiktiraf oleh dan Republik China (Taiwan). Pada 8 Oktober 2008, atas permintaan Serbia, Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk pendapat nasihat mengenai isu pengisytiharan kemerdekaan Kosovo.[10] Pada 22 Julai 2010, ICJ memutuskan bahawa perisytiharan kemerdekaan Kosovo tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, yang mana presidennya menyatakan tiadanya "larangan terhadap perisytiharan kemerdekaan".[11]

Kosovo

Ibu kota Pristina (Prishtina, Priština)
Zon masa UTC+1 (CET)
• Anggaran 2011 1,733,842[2]
Pemerintahan Republik berparlimen
• Bancian 1991 1,956,1962
• Pengisytiharan 17 Februari 2008
Bandar terbesar capital
• Per kapita $2,965
• Kepadatan 220/km2 (569.8/sq mi)
Bahagian memandu right
Kod panggilan +383
Bahasa rasmi Albania, Serbia
Mata wang Euro ()3 (EUR)
KDNK (nominal) Anggaran 2009 
• Jumlah $5.352 bilion[3]
• Perdana Menteri Isa Mustafa (PDK)
• Air (%) n/a
Diiktiraf bahasa serantau Turki, Gorani, Rom, Bosnia, Arab
• Presiden Atifete Jahjaga (PDK)
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)

Rujukan

WikiPedia: Kosovo http://www.huffingtonpost.com/huff-wires/20100722/... http://www.newkosovareport.com http://www.reuters.com/article/worldNews/idUSTRE49... http://www.venice.coe.int/site/dynamics/N_Opinion_... http://www.b92.net/eng/news/politics-article.php?y... http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/we... http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/7772548.stm http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/7990984.stm http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-10734502 http://www.parlament.sr.gov.yu/content/eng/akta/us...