Penamaan Aldehid

Nama umum sebatian-sebatian aldehid biasanya tidak mengikut piawaian rasmi, seperti tatanama IUPAC dengan tegas.

Menurut tatanama IUPAC, nama sebatian-sebatian aldehid alifatik berakhir dengan akhiran -nal berdasarkan rantai karbon terpanjang. Contoh yang boleh dikemukakan ialah CH3CH2CH2CHO, sebatian terbitan butana yang dinamakan sebagai butanal, di mana akhiran -na digantikan dengan -nal dalam bahasa Melayu.

Bagi sesetengah keadaan, seperti dalam sebatian aromatik, akhiran -karbaldehid (-carbaldehyde) digunakan. Maka, C6H11CHO sebagai contoh, dinamakan sebagai sikloheksanakarbaldehid. Sekiranya terdapat keadaan di mana kumpulan aldehid perlu diwakili dengan awalan, awalan formil- (formyl-) pula digunakan.