Ali_Hassan_al-Majid
Ali_Hassan_al-Majid

Ali_Hassan_al-Majid

Ali Hassan Abd al-Majid al-Tikritieh ʿAlī Ḥasan ʿAbd al-Majīd al-Tikrītī, Bahasa Arab: علي حسن عبد المجيد التكريتي‎, (30 November 1941[perlu rujukan] – 25 Januari 2010) ialah seorang ahli politik Iraq yang pernah menyandang jawatan Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Menteri, pemerintah tentera dan ketua Perkhidmatan Perisikan Iraq di bawah pemerintahan Parti Baath, di samping menjadi gabenor pendudukan Kuwait ketika Perang Teluk.Sepupu kepada bekas Presiden Iraq Saddam Hussein ini menempa nama pada 1980-an dan 1990-an kerana peranannya dalam kempen kerajaan Iraq membasmi angkatan penentang dalaman, iaitu pejuang pemberontakan Kurdi di utara, dan pejuang mazhab Syiah di selatan. Antara langkah-langkah penindasan yang dilakukan termasuk pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai; al-Majid diberi jolokan "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi kerana menggunakan senjata kimia ketika menyerang mereka.[1]Al-Majid ditawan berikutan serangan kuasa luar terhadap Iraq pada tahun 2003 lalu didakwa atas jenayah perang, jenayah anti-kemanusiaan dan penghapusan kaum. Beliau disabit kesalahan pada Jun 2007 dan dihukum mati atas kezaliman yang dilakukannya di kempen al-Anfal pada 1980-an. Rayuannya agar hukuman diringankan ditolak pada 4 September 2007, dan sekali lagi beliau dihukum mati buat kali keempat pada 17 Januari 2010 lalu digantung sampai mati pada 25 Januari 2010.[2]

Ali_Hassan_al-Majid

Kerakyatan Iraq
Terkenal kerana Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, pemerintah tentera dan ketua Khidmat Perisikan Iraq
Meninggal dunia 25 Januari 2010(2010-01-25) (umur 68)
Republik Iraq
Saudara Saddam Hussein (sepupu)
Sebab kematian Dihukum gantung sampai mati
Kelahiran علي حسن عبد المجيد التكريتي
(1941-11-30)30 November 1941
Tikrit, Kingdom of Iraq