Alicia_Silverstone
Alicia_Silverstone

Alicia_Silverstone

Alicia Silverstone, (lahir 4 Oktober 1976) merupakan pelakon Amerika Syarikat dan juga bekas peragawati fesyen. Penampilan pertama beliau adalah menerusi video Aerosmith dan kemudiannya beliau membintangi beberapa buah filem Hollywood seperti Clueless dan Batman & Robin.Alicia Silverstone dilahirkan di San Francisco, California, oleh pasangan Monty Silverstone dan Didi Radford. Bapa beliau merupakan seorang lelaki Inggeris dan ibunya merupakan anak kelahiran Scotland.[1] Kedua-dua ibu bapa beliau merupakan penganut agama Yahudi[2] Beliau pernah menuntut di Sekolah Tinggi San Mateo tetapi beliau memutuskan untuk tidak menghabiskan sesi persekolahannya. Silverstone merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik. Namun, menerusi perkahwinan terdahulu bapanya, beliau mempunyai seorang kakak tiri dan seorang abang tiri. Beliau mula berjinak-jinak dalam dunia peragaan setelah berusia enam tahun dan Domino’s Pizza merupakan iklan televisyen pertama beliau.Silverstone telah mengahwini telam lelakinya, Christopher Jarecki, di Lake Tahoe pada 11 Jun 2005. Mereka telah bersama selama lapan tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin. Mereka bertemu di luar kawasan pawagam pada 1997 Mereka bertunang setahun sebelum diraikan sebagai pengantin dan cincin pertunangan adalah hasil tinggalan nenek Jarecki.[3] Mereka menetap di Los Angeles, California [4]

Alicia_Silverstone

Pasangan Christopher Jarecki
(2005-kini)
Kelahiran Alicia Silverstone
(1976-10-04) 4 Oktober 1976 (umur 43)
Ketinggian 170 cm