Karier Alicia_Vikander

Awal karier

Vikander memulakan kariernya dengan muncul di dalam beberapa filem pendek dan sir televisyen di negara asal beliau, Sweden.[10] Beliau dikenali di negara-negara Scandinavia menerusi peranannya dalam di drama televisyen popular Sweden, Andra Avenyn (2008–2010).

2010–2014

Vikander dan pengarah, Lisa Langseth di Festival Filem Cannes 2012

Vikander menerima pujian dalam penampilan filem pertamanya sebagai Katarina di dalam filem Sweden, Pure (2010). Menerusi filem ini, Vikander memenangi Anugerah Bintang Meningkat Naik pada tahun 2010 di Festival Filem Stockholm,[11] Anugerah Shooting Star di Festival Filem Antarabangsa Berlin[12] dan Anugerah Guldbagge bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.[13] Pada tahun 2011, beliau mempunyai peranan sebagai Fragancia Fernandez di dalam filem The Crown Jewels.

Pada tahun 2012, Vikander mendapat perhatian antarabangsa selepas melakonkan watak Kitty di dalam filem Anna Karenina yang dibintangi oleh Keira Knightley. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Toronto 2012 dan menerima ulasan positif.[14] Pada tahun itu, beliau juga membintangi sebagai Ratu Caroline Mathilde di dalam filem arahan Nikolaj Arcel, A Royal Affair. Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-62 dan menerima pujian meluas.[15] Filem ini kemudiannya dicalonkan untuk Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-85.[1][16]

Pada tahun 2013, beliau membintangi sebagai ahli Parti Lanun Jerman, Anke Domscheit-Berg di dalam filem The Fifth Estate.[17] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013 pada 5 September 2013.[18] Beliau mempunyai peranan utama sebagai Erika di dalam filem Sweden, Hotell dimana beliau memenangi Anugerah Festival Filem Antarabangsa Marrakech untuk Pelakon Wanita Terbaik.[19]

Pada tahun 2014, beliau muncul di dalam filem thriller Australia, Son of a Gun. Filem ini ditayangkan di Australia pada 16 Oktober 2014 dan menerima ulasan bercampur[20] tetapi Vikander dipuji untuk persembahan lakonannya.[21]

2015–sekarang

Pada tahun 2015, Vikander membintangi enam filem. Dalam filem pertamanya pada tahun tersebut, beliau mempunyai peranan sebagai Vera Brittain di dalam filem Testament of Youth. Testament of Youth diterima dengan baik selepas tayangan dengan ramai pengkritik filem memuji persembahan lakonan Vikander.[22][23] Untuk peranan beliau sebagai Brittain, Vikander dicalonkan Anugerah BIFA untuk Lakonan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam Filem Bebas British. Beliau juga melakonkan watak Alice Deane di dalam filem fantasi, Seventh Son (2015),[24] menyumbangkan suara untuk filem dokumentari Sweden, Ingrid Bergman: In Her Own Words (2015), mempunyai peranan utama di dalam filem The Man from U.N.C.L.E. dan muncul di dalam fo;em Burnt (2015).[25]

Vikander menerima pujian meluas untuk lakonannya sebagai Ava[26] di dalam filem Ex Machina dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem dan Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Pembantu. Beliau juga dipuji untuk lakonannya sebagai Gerda Wegener di dalam filem The Danish Girl. Untuk peranannya sebagai Geda Wegener, beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, menjadikan beliau pelakon wanita Sweden kedua untuk memenangi anugerah ini; Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Filem Pilihan Pengkritik serta menerima pencalonan Anugerah Golden Globe dan Anugerah BAFTA.[27][28][29]

Pada tahun 2016, Vikander membintangi bersama Matt Damon di dalam filem Jason Bourne, sebuah filem arahan Paul Greengrass. Filem ini mula ditayangkan pada 29 Julai 2016.[30][31] Vikander kemudiannya muncul di dalam filem The Light Between Oceans (2016) bersama-sama Michael Fassbender dan Rachel Weisz. Filem ini mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 2 September 2016.[32][33]

Rujukan

WikiPedia: Alicia_Vikander http://collider.com/jason-bourne-images-matt-damon... http://deadline.com/2013/01/sundance-participant-m... http://deadline.com/2014/06/alicia-vikander-landin... http://deadline.com/2015/06/alicia-vikander-jason-... http://deadline.com/2016/01/bafta-nominations-full... http://www.deadline.com/2013/09/toronto-2013-will-... http://www.dreadcentral.com/reviews/94272/ex-machi... http://www.entertainmentfuse.com/actress-spotlight... http://www.hollywoodreporter.com/lists/golden-glob... http://www.hollywoodreporter.com/news/michael-fass...