Alif_Johan

Muhammad Syakir Alif Johan (1999 – 14 Disember 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan salah seorang daripada empat anak penyanyi Nora Ariffin dan komposer Johan Nawawi.[1] Beliau memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Mentor Milenia 2019 biarpun hanya tersenarai di peringkat 20 Teratas. Alif merupakan pelajar tahun akhir bidang perfileman di Universiti Teknologi MARA (UiTM).Beliau sebelum ini pernah menjalani rawatan bariatrik bagi menurunkan berat badannya[2] dan sempat merangkul gelaran juara di pertandingan Clash of the Talents anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) dengan menyanyikan lagu "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman Haji Arshad.[3]Alif meninggal dunia pada 14 Disember 2019 pada usia 20 tahun akibat suatu penyakit yang tidak diketahui selepas dipercayai rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba di kediaman keluarganya di Petaling Jaya, Selangor.[4] Jenazah beliau dikebumikan di sebelah pusara bapanya, Johan Nawawi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[5]

Alif_Johan

Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Muhammad Syakir Alif bin Johan
Instrumen Vokal
Meninggal dunia 14 Disember 1999 (umur 20)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kelahiran 1999
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tahun aktif 2019