All_the_Money_in_the_World

All the Money in the World merupakan filem tahun 2017 yang diarahkan oleh Ridley Scott dan ditulis oleh David Scarpa, berdasarkan buku tahun 1995 oleh John Pearson berjudul Painfully Rich: The Outrageous Fortunes and Misfortunes of the Heirs of J. Paul Getty. Ia dibintangi oleh Michelle Williams, Christopher Plummer, Mark Wahlberg, Romain Duris, Charlie Plummer, Andrew Buchan, dan Timothy Hutton. Filem ini berkisarkan keengganan J. Paul Getty untuk bekerjasama dengan sekumpulan penculik yang menculik cucunya, John Paul Getty III pada tahun 1973.Watak J Paul Getty sepatutnya diberikan kepada Kevin Spacey, yang turut muncul dalam kempen promosi awal filem ini.[5] Namun, atas beberapa tuduhan serangan seksual ke atas Spacey, watak tersebut dilakonkan semula oleh Christopher Plummer, yang turut menjadi pilihan utama Scott terlebih dahulu. Babak-babak terpaksa dilakonkan semula kira-kira sebulan sebelum tarikh tayangan.[6][7]All the Money in the World telah ditayangkan di Samuel Goldwyn Theater di Beverly Hills pada 18 Disember 2017, dan disiarkan di pawagam seluruh Amerika Syarikat oleh TriStar Pictures pada 25 Disember 2017.[8] Filem ini menerima pujian positif dan lakonan-lakonan pelakonnya terutama Plumber turut dipuji. Filem ini menerima tiga pencalonan dalam Anugerah Golden Globe ke-75 iaitu Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Williams) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Plummer).[9]

All_the_Money_in_the_World

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Painfully Rich: The Outrageous Fortunes and Misfortunes of the Heirs of J. Paul Getty oleh
John Pearson
Muzik oleh Daniel Pemberton
Disunting oleh Claire Simpson
Pengarah Ridley Scott
Penerbit
  • Chris Clark
  • Quentin Curtis
  • Dan Friedkin
  • Mark Huffam
  • Ridley Scott
  • Bradley Thomas
  • Kevin J. Walsh
Penulis David Scarpa
Pecah panggung $17.9 juta[4]
Mula ditayangkan 18 Disember 2017 (2017-12-18) (Samuel Goldwyn Theater)
Disember 25, 2017 (United States)
Januari 5, 2018 (United Kingdom)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Dariusz Wolski
Tempoh tayangan 133 minutes[2]
Negara
  • Amerika Syarikat
  • United Kingdom
Dibintangi oleh
Pengedar
Perbelanjaan $50 juta[3]

Rujukan

WikiPedia: All_the_Money_in_the_World http://www.allmovie.com/work/682303 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=allthemone... http://deadline.com/2017/11/kevin-spacey-dropped-a... http://deadline.com/2017/12/ridley-scott-getty-kid... http://www.imdb.com/title/tt5294550/ http://www.metacritic.com/film/titles/all-the-mone... http://www.rottentomatoes.com/m/all_the_money_in_t... http://bbfc.co.uk/releases/all-money-world-film https://www.flickeringmyth.com/2017/09/first-poste... https://www.goldenglobes.com/winners-nominees/2018