Mark_Wahlberg
Mark_Wahlberg

Mark_Wahlberg

Mark Robert Michael Wahlberg (lahir 5 Jun 1971)[1] merupakan pelakon, penerbit, ahli perniagaan, bekas model dan ahli rap. Di awal kemunculannya, beliau dikenali sebagai Marky Mark ketika bersama kumpulan Marky Mark and the Funky Bunch, dan pernah menerbitkan dua buah album bersama iaitu Music for the People dan You Gotta Believe. Wahlberg kemudiannya berpindah ke dunia lakukan dan muncul dalam beberapa filem seperti Boogie Nights dan Three Kings pada tahun 1990an. Pada tahun 2000an, beliau terlibat dalam filem The Perfect Storm, Planet of the Apes, The Italian Job, dan The Departed, yang mana beliau menerima pencalonan Anugerah Akademik untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. (Best Supporting Actor). Pada 2010an, beliau muncul dalam The Other Guys disamping Will Ferrell, The Fighter (menerima pencalonan Anugerah Akademik sebagai penerbit untuk Filem Terbaik), Ted, Lone Survivor, Pain & Gain, Transformers: Age of Extinction, Deepwater Horizon, dan Patriots Day.Wahlberg juga bertindak sebagai penerbit eksekutif bagi empat siri HBO iaitu: Entourage (2004–11), Boardwalk Empire (2010–14), How to Make It in America (2010–11) dan Ballers (2015–kini). Beliau turut menjadi pemilik berasama untuk rantaian Wahlburgers dan membintangi siri TV realiti Wahlburgers. Wahlberg menerima bintang received a star on the Hollywood Walk of Fame pada 29 Julai 2010. Beliau terkenal sebagai persona aksi "lelaki tegap",[2] kerap membawa watak sebagai pegawai polis, anggota tentera mahupun penjenayah di dalam filem-filem lakonannya. Beliau turut terkenal dengan kolaborasi bersama pengarah-pengarah seperti David O. Russell, Michael Bay, dan Peter Berg.

Rujukan

WikiPedia: Mark_Wahlberg http://www.austriancharts.at/search.asp?search=mar... http://top30-2.radio2.be/#/search/prince+ital+joe http://www.cbc.ca/thehour/video.php?id=1458 http://www.collectionscanada.gc.ca/rpm/028020-119.... http://www.collectionscanada.gc.ca/rpm/028020-119.... http://www.allmusic.com/artist/p101905/charts-awar... http://www.australian-charts.com/search.asp?search... http://www.chartstats.com/search.php?q=Marky+Mark http://www.forbes.com/sites/charlesbramesco/2015/0... http://www.imdb.com/name/nm0000242/