Penghuraian Alocasia

Pokok birah adalah tumbuhan berumbi (rizom)[5] dengan batang tak nyata, tangkai bergabus, tidak bercabang dan bercantum sempurna dengan daun. Tunas daun baru terbentuk pada pangkal daun lama. Bentuk daun adalah berbagai. Ciri bentuknya yang membezakannya dengan keladi minyak dari genus Colocasia ialah tangkainya bersambung di celah cabang daun manakala keladi dari genus Colocasia bersambung di tengah daun. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan berlilin di permukaan daun. Anak pokok baru boleh tumbuh dari ubi yang terpisah dari umbi utama. Anak pokok mempunyai bentuk daun yang berbeza kerana faktor ontogeni[6]. Keadaan ini menyukarkan penamaan kepada anak pokok birah yang dijumpai di habitat asal.