Kegunaannya Alpaka

Bulu

Bulu alpaka bersifat berkilat dan lembut - ia lebih memerangkap haba dan jauh kurang kasar berbanding bulu biri-biri. Hal ini kerana bulu alpaka tidak mengandungi lanolin, justeru ia tidak menimbulkan alahan kepada penggunanya meskipun ia tidak kalis air.[3][4] Alpaka biasanya akan diketam bulu mereka sekali setiap tahun pada musim bunga. Setiap ketaman bulu yang diperolehi daripada seekor alpaka menghasilkan sebanyak kira-kira 2.2 hingga 4.5 kilogram (5–10 paun) bulu. Seekor alpaka dewasa pula boleh menghasilkan sebanyak 1.42–2.55 kg (50 to 90 auns) bulu gred pertama serta 1.42–2.84kg (50–100 auns) bulu gred kedua dan ketiga.