Tabiat Alpaka

Alpaka hidup secara berkawan-kawan di mana sekawanan haiwan tersebut terdiri daripada seekor haiwan jantan alfa, pasangan-pasangan betinanya serta anak-anak. Haiwan ini biasanya akan memberi amaran kepada kawanan mereka di saat datangnya pemangsa melalui jeritan, dan kawanan-kawanan ini boleh menyerang, menggigit serta meludah pemangsa yang lebih kecil sebagai langkah mempertahankan diri.

Haiwan ini kurang memerlukan makanan yang banyak berbanding haiwan-haiwan lain yang sama besar. Ia biasanya akan memakan rumput - tidak kiralah yang segar mahupun yang kering - ataupun dedaun tumbuhan lain (namun, sesetengah jenis tumbuhan boleh menjadi beracun kepada alpaka sepeti buah oak, gandum kuda, pokok oren dan sebagainya). Ia juga cenderung akan mengunyah benda-benda yang asing seperti botol plastik.

Jangka hayat alpaka boleh mencecah sehingga 25 tahun.