Amacam_TV
Amacam_TV

Amacam_TV


'Amacam TV yang bermottokan ‘Amacam TV...Memang Lain Macam’ , merupakan salah satu saluran televisyen yang terdapat dalam pilihan stesen berbayar kedua Malaysia, MiTV menerusi Citra.Saluran ini bersifat interaktif dan menawarkan pelbagai rancangan menarik mengenai selebriti tempatan.Saluran ini yang boleh diikuti menerusi saluran 12 MiTV, menyatukan program sihat dan asli termasuk persembahan muzik, eksklusif dan juga penyatuan persembahan. Ia merangkumi keseluruhan kandungan aspek kreatif - muzik, video dan multimedia - dalam cara uniknya yang tersendiri.Amacam TV mensasarkan untuk menjadi program hiburan popular, memberikan maklumat terkini berkaitan selebriti untuk semua institusi televisyen dan muzik, selain memfokuskan peminat muzik di kalangan remaja dan dewasa bawah 40-an. Majlis pelancaran Amacam TV disempurnakan pada 25 Mac 2006 pukul 10 pagi di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur oleh Pengerusi MiTV, Datuk Rosman Ridzwan.

Amacam_TV

Pemilik MiTV Corporation Sdn. Bhd.
Dilancarkan 25 Mac 2006
Ditutup 31 Oktober 2006
Slogan ‘Amacam TV...Memang Lain Macam’
Laman web http://www.amacam.tv
Negara Malaysia