Penerimaan American_Sniper

Box office

American Sniper mengutip $350.1 juta di Amerika Utara dan $197 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul $547.1 juta berbanding bajet sekitar $58 juta.[3] Mengambil kira semua perbelanjaan dan pendapatan, Deadline.com menganggarkan bahawa filem ini membuat keuntungan sebanyak $243 juta menjadikan ia filem kedua paling menguntungkan pada tahun 2014 hanya dibelakang Transformers: Age of Extinction.[18] Di peringkat antarabangsa, ia merupakan filem perang dengan kutipan tertinggi sepanjang masa (memecahkan rekod Saving Private Ryan)[19] dan filem Eastwood dengan kutipan tertinggi setakat ini. Ia merupakan filem rating-R ketujuh untuk mengutip lebih daripada $500 juta.[20]

Respons kritikal

American Sniper menerima ulasan positif daripada pengkritik. Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 72% berdasarkan 243 ulasan daripada pengkritik dengan purata rating 6.9/10.[21] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 72 daripada 100, berdasarkan ulasan daripada 48 pengkritik.[22] Dalam undian CinemaScore yang dijankan semasa hujung minggu pembukaan, penonton sinema memberi American Sniper gred jarang "A+" daripada skala A+ ke F.[23]

Rujukan

WikiPedia: American_Sniper http://www.ofrb.gov.on.ca/ofrb/OfrbWelcomeAction.d... http://www.allmovie.com/movie/american-sniper-v581... http://www.americansnipermovie.com http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=americansn... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=main&id=... http://deadline.com/2015/03/american-sniper-profit... http://www.deadline.com/2014/03/american-sniper-na... http://www.deadline.com/2014/03/daniel-bernhardt-t... http://www.deadline.com/2014/03/sam-jaeger-america... http://www.forbes.com/sites/scottmendelson/2015/03...