Ananda_Krishnan
Ananda_Krishnan

Ananda_Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan (Tamil: த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்; lahir 1 April 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara. Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia. Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.[2][3][4]

Ananda_Krishnan

Pekerjaan Pemilik tunggal Pacific States Investment Ltd.
Pengerusi Usaha Tegas Group Holdings Bhd.
Nama asal த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்
Anak 3
Kelahiran Tatparanandam Ananda a/l Krishnan
(1938-04-01) 1 April 1938 (umur 81)
Kuala Lumpur, British Malaya (kini Malaysia)
Nilai bersih ▲ $9.6 bilion (2011)[1]

Rujukan

WikiPedia: Ananda_Krishnan http://www.businessbhutan.bt/?p=3954 http://www.forbes.com/profile/Ananda-Krishnan http://www.forbes.com/static/bill2005/LIRYK1N.html... http://www.indianmalaysian.com/indian_06-06_ananda... http://articles.economictimes.indiatimes.com/2011-... http://www.tamilsydney.com/content/view/671/37 http://www.thestar.com.my/news/nation/2012/04/24/a... http://business.timesonline.co.uk/tol/business/ind... https://www.bloomberg.com/research/stocks/private/... https://www.forbes.com/lists/2010/10/billionaires-...