Versi Android_(sistem_pengendalian)

Android versi 1.1

Pada 9 Mac 2009, Google melancarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan kemasan berestetika dalam aplikasi, jam penggera, carian suara, penghantaran mesej melalui perkhidmatan Gmail dan notifikasi e-mel.

Android versi 1.5 (Cupcake)

Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga penambahan beberapa ciri-ciri dalam telefon bimbit versi ini iaitu kemampuan merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP, kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada skrin yang boleh disesuaikan dengan sistem.

Android versi 1.6 (Donut)

Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September 2009 dengan menampilkan proses carian yang lebih baik berbanding sebelumnya, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN. Ciri-ciri lain adalah album yang membolehkan pengguna untuk memilih gambar yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan album yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.


Android versi 2.0/2.1 (Eclair)

Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimuman hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan antaramuka dengan pelayar baru dan sokongan HTML5, senarai kenalan (phone contacts) yang baru, sokongan Flash untuk kamera 3.2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1. Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi ini, Google melakukan pelaburan dengan mengadakan pertandingan aplikasi mobile terbaik (yakni killer apps - "aplikasi unggulan"). Pertandingan ini berhadiah $ 25,000 bagi setiap pemaju aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan selama dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android, semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.


Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)

Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot mudah alih, dan kemampuan auto update di dalam aplikasi Android Market.


Android versi 2.3 (Gingerbread)

Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-perubahan am yang didapati dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, skrin antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan komunikasi medan dekat, dan sokongan jumlah kamera yang lebih daripada satu.


Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)

Android Honeycomb direka khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong saiz skrin yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah direka untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi pemproses dan juga akselerasi (kelajuan) perkakasan untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom.


Android versi 4.0 (ICS: Ice Cream Sandwich)

Diumumkan pada tarikh 19 Oktober 2011, membawa ciri Honeycomb untuk smartphone dan menambah ciri-ciri baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, rangkaian data pemantauan penggunaan dan kawalan, kenalan rangkaian sosial bersepadu, tambahan fotografi, mencari e-mel secara offline, dan berkongsi maklumat dengan menggunakan komunikasi medan dekat .

Android versi 4.2 (Jelly Bean)

Android versi 4.4 (KitKat)

Versi ini diumumkan dan diluncurkan pada tahun 2013, dalam waktu yang hampir bersamaan dengan Nexus 5.

Android versi 5.0 (Lollipop)

Versi ini diluncurkan pada 12 November 2014. Versi ini dengan penampilan yang baharu, di antaranya antara muka yang menarik, tampilan yang lebih moden, dan ada kelengkapan aplikasi baharu seperti Cloud untuk menambah bilangan pengguna baharu dan menyimpan data dengan lebih efisyen.

Android versi 6.0 (Marshmallow)

Versi ini adalah versi terbaru pada sistem operasi Android. Diluncurkan dengan ciri Doze, Pembaruan Kebenaran Aplikasi, Sokongan USB-C, dan sokongan cap jari.

Android versi 7.0 (Nougat)


Android Versi 8.0 (Oreo)