Sejarah Android_(sistem_pengendalian)

Logo Android pertama (2007–2014)
Logo Android kedua (2014–2019)

T Kerjasama dengan Android Inc.

Pada Julai 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., Syarikat yang berada di Palo Alto, California Amerika Syarikat. Para pengasas Android Inc. bekerja dengan Google, di antaranya Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White. Pada masa itu banyak yang menganggap fungsi Android Inc. hanyalah sebagai peranti perisian telefon bimbit. Sejak dari itu muncul khabar angin bahawa Google hendak memasuki pasaran telefon bimbit. Di syarikat Google, pasukan yang dipimpin Rubin bertugas mengembangkan program peranti bimbit yang disokong oleh kernel Linux. Hal ini menunjukkan kesungguhan bahawa Google sedang bersiap menghadapi persaingan dalam pasaran telefon bimbit.[perlu rujukan]

2007-2008: Produk awal

Sekitar September 2007 sebuah kajian melaporkan bahawa Google mengajukan hak cipta aplikasi telefon bimbit (akhirnya Google memperkenalkan Nexus One, salah satu jenis telefon pintar GSM yang menggunakan Android dalam sistem operasinya. Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation dan terdapat di pasaran pada 5 Januari 2010).[perlu rujukan]

Pada 9 Disember 2008, diumumkan ahli baru yang menyertai program kerjasama Android ARM Holdings, Atheros Communications, dihasilkan oleh Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba Corp, dan Vodafone Group Plc. Seiring pembentukan Open Handset Alliance, OHA mengumumkan produk perdana mereka, Android, peranti mudah alih (mobile) yang merupakan pengubahsuaian kernel Linux 2.6. Sejak Android dikeluarkan telah dilakukan pelbagai kemas berupa pembaikan bug dan penambahan ciri baru.[perlu rujukan]

Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009 dianggarkan di dunia ini sekurang-kurangnya terdapat 18 jenis telefon bimbit yang menggunakan Android.