Struktur Angkasapuri

Kompleks Angkasapuri ini menempatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia adalah merupakan peringkat pertama Projek Pusat Penyiaran Malaysia.

Ia mempunyai bahagian-bahagian seperti berikut:

  • Bangunan Angkasapuri - Pentadbiran (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
  • Wisma TV - saluran TV1 dan TV2 , Bilik Berita TV, studio berita dan program televisyen RTM diterbitkan dari sini.
  • Wisma Radio - Stesen radio nasional RTM dan Suara Malaysia (kecuali Perkhidmatan Bahasa Tagalog) disiarkan di sini di samping Radio Suara Islam (Bahasa Malaysia) dan Voice of Islam (English.
  • Auditorium Perdana - tempat untuk siaran langsung utama yang disiarkan di sini. Juga dikenali sebagai Audiotorium Besar dan Audiotorium RTM
  • Auditorium P. Ramlee - Mengambil nama sempena seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
  • Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) - dibuka pada tahun 1998 untuk siaran antarabangsa Sukan Komanwel 1998 dan kemudian menjadi tempat tambahan jabatan penyiaran seperti KL FM. Kini, saluran TV5 (saluran Astro 109) berpusat di sini.