Anime_Expo

Anime Expo (AX), adalah satu konvensyen anime yang selalunya diadakan di Los Angeles, California pada cuti 4 Julai selama 4 hari setiap tahun. Anime Expo dihoskan oleh pertubuhan bukan untung Society for the Promotion of Japanese Animation (SPJA). Walaupun, ketika ini diadakan di Los Angeles Convention Center, SPJA juga telah mengadakan konvensyen Anime Expo ini di New York dan Tokyo, masing-masing pada tahun 2002 dan 2004. Anime Expo merupakan konvensyen anime terbesar di Amerika.