Penerbitan Anjaan

Perkembangan

Pada bulan Julai 2012, media India Selatan melaporkan bahawa Suriya telah menandatangani untuk berlakon dalam filem arahan Lingusamy selepas habis penggambaran filem Maattrraan (2012) dan Singam 2 (2013). Pada September 2013, banyak sumber menytakan bahawa filem itu diberi tajuk Mumbai Rowdy , bagaimanapun pengarah Linguasamy menafikan ini sebagai khabar angin. Pada bulan Januari 2014, secara rasminya filem ini diberi tajuk sebagai Anjaan. Vijay Milton pada mulanya ditandatangani oleh Lingusamy sebagai sinematografer untuk filem itu,tetapi pada bulan Oktober 2013 beliau telah digantikan dengan Santosh Sivan.Rajeevan telah diambil sebagai pengarah seni. Manakala, Brinda Sarathy disahkan menjadi penulis dialog untuk filem itu.

Lakonan

Pada awal November 2013, Manoj Bajpai dilaporkan bermain watak antagonis dan Vidyut Jamwal juga akan muncul dalam peranan utama.Pada bulan Januari 2014, pelakon Samantha Ruth Prabhu menyertai filem ini sebagai pelakon wanita utama secara rasmi. Vivek didekati untuk memainkan peranan dalam filem ini, tetapi tidak dapat menerima tawaran itu akibat terikat dengan filem Vai Raja Vai. [26] Sebaliknya Mac 2014,pelawak Soori telah ditandatangani untuk mengisi tempat Vivek. Sana Khan didekati untuk melakukan penampilan khas dalam filem ini tetapi dia menolak tawaran itu kerana mahu mempromosikan filem Bollywood beliau Jai Ho (2014).

Penggambaran

Filem ini disyuting di Bandaraya Mumbai dan Goa. Kamera jenis Kamera Digital Red Dragon 6K digunakan untuk penyutingan filem ini dan filem Anjaan merupakan filem pertama di dunia untuk mengunakan kamera jenis ini. Malah, filem Hollywood pun belum mengunakan kamera yang berteknologi tinggi ini.