Tayangan Anjaan

Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 15 Ogos 2014 bersempena Hari Kemerdekaan India.

Pengedaran

Hak-hak televisyen telah dijual kepada Sun TV untuk AS$ 2.700.000 . Sebaik sahaja tempahan awal untuk filem dibuka di Chennai, hampir 5000 tiket telah dijual dalam masa 2 jam, oleh itu menjadikan rekod mercu tanda dalam rekod Industri Perfileman Tamil.Anjaan juga dilaporkan mencipta rekod untuk perniagaan pra keluaran dalam Industri Perfileman Tamil selepas berjaya mengutip INR 87 crore (IS $ 14000000) dari hak pengedaran, satelit dan muzik

Pemasaran

Poster filem itu dikeluarkan pada 1 Mei 2014. Manakala, Teaser filem itu telah dilancarkan bersama-sama dengan teaser filem Uttama Villain semasa majlis Anugerah Vijay Ke-8 pada 6 Julai 2014 dan pada masa yang sama telah dimuat naik ke YouTube.Teaser ini menerima sambutan yang positif dan melepasi lebih 3 juta views dala YouTube. Trailer rasmi filem itu dikeluarkan pada 8 Ogos 2014 dan disiarkan di Sun Music. Seperti teaser, trailer filem ini juga mendapat sambutan yang hangat. Klip video lagu "Ek Do Theen", yang memaparkan Surya dan Samantha Ruth Prabhu dikeluarkan di YouTube pada 11 Ogos 2014.

Permainan rasmi bertajuk Anjaan Race Wars telah dibangunkan oleh Vroovy, usaha sama antara Hungama Digital Media Hiburan dan Gameshastra, yang sebelum ini telah membangunkan dan mengeluarkan permainan filem rasmi Kochadaiiyaan (2014). Ia dikeluarkan pada 28 Julai 2014. Game ini boleh didapati di Android dan IOS.