Kerjaya Anjasmara

Beliau merupakan penghias muka depan salah sebuah majalah remaja. Selepas itu, beliau banyak terlibat dalam pertunjukkan fesyen. Beliau pertama kali ditonton di kaca TV Indonesia ketika membintangi "Hati Seluas Samudra" dengan Elma Theana dan Jeremy Thomas. Beliau membintangi sinetron Romi dan Juli dengan bakal isterinya, Dian Nitami. Anjas sibuk dengan lipur lara. Peranan beliau sebagai seorang yang bodoh dan lucu dalam sinetron Si Cecep, memberinya memenangi Anugerah SCTV, kategori Pelakon Lelaki Paling Popular.[1]

Anjas memainkan watak sebagai seorang bapa dalam filem Joshua, Oh, Joshua yang diterbitkan pada tahun 2000. Selepas itu, Anjas membintangi Koper pada tahun 2006.[1]