Anjasmara
Anjasmara

Anjasmara

Anjasmara Prasetya atau lebih dikenali sebagai Anjasmara (dilahirkan pada 13 November 1975) ialah seorang pelakon dan model Indonesia.[1] Beliau memulakan kariernya di dunia permodelan sebelum berkecimpung dalam dunia drama lipur lara. Namanya makin menjulang ketika berlakon dalam Romi dan Juli bersama kekasihnya Dian Nitami (kini sudah menjadi isterinya). Walaupun sebenarnya beliau ingin menumpukan bidang permodelan, akhirnya jejak berketinggian 175 cm ini semakin sibuk dengan drama lipur lara. Peranannya sebagai jejak 'bego' dan lucu dalam Si Cecep, membolehkan dirinya meraih Anugerah SCTV bagi kategori pelakon popular. Dalam filem layar perak, pelakon yang kerap dipanggil Anjas ini pernah memegang watak sebagai ayah dalam filem Joshua, Oh, Joshua (2000). Anjasmara pernah menerima kecaman daripada sebuah organisasi keagamaan disebabkan gambar-gambar separa bogelnya bersama Isabel Yahya di Pameran CP Biennale 2005 yang dianggap meracuni pemikiran generasi muda dan mendedahkan mereka kepada pornografi.Anjasmara berkahwin dengan aktres Dian Nitami dan dikurniakan dengan dua orang anak aitu Sassi Kirana Asmara dan Arka Setyaandipa Asmara. Mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Amanda Annette Syariff dan Luther Syariff.

Anjasmara

Pekerjaan Pelakon
Pasangan Dian Nitami (k. 1999)
Anak Sasikirana Zahrani Asmara
Arka Setya Andipa Asmara
Amanda Annette Syariff (anak angkat)
Aldi Syariff (anak angkat)[1]
Tahun aktif 1995 – kini
Kelahiran Anjasmara Prasetya
(1975-11-13) 13 November 1975 (umur 44)
Blitar, Indonesia