Anjing_Kangal
Anjing_Kangal

Anjing_Kangal

Anjing Kangal (Bahasa Turki: Kangal köpeği; Bahasa Inggeris: Kangal dog) ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan, berasal dari daerah Kangal di Provinsi Sivas, Turki. Ia adalah daripada jenis mastif dengan bulu pejal, sawo matang pucat atau sabel, dan dengan topeng hitam. Menurut pertubuhan anjing Kangal rasmi di Turki - Persekutuan Kinologi Turki (KIF) dan Ankara Kangal Derneği (ANKADER) Kangal di Turki mungkin juga brindle[1] atau lebihan corak sawo matang hitam;[2] dengan atau tanpa topeng hitam: dan/atau dengan tanda putih.[3]Sementara anjing Kangal kerap dirujuk sebagai anjing gembala, ia bukan anjing gembala, tetapi merupakan anjing penjaga kawanan ternakan yang tinggal dengan kawanan biri-biri untuk giat menghalau serigala, beruang dan jakal. Sikap pelindung, kesetiaan dan kelemah-lembutan anjing Kangal Sivas dengan kanak-kanak dan haiwan kecil telah membawa kepada peningkatan kepopularan sebagai pengawal untuk keluarga juga, kerana ia mengganggap orang sebagai "kawanannya" dan menjaga mereka dengan bakti ekstrem.[halaman diperlukan]