Anjing air Moscow ([
московская водяная собака,
moskovskaja vodjanaja sobaka] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan);
Bahasa Inggeris:
Moscow water dog),
anjing penyelam Moscow ([
московский водолаз,
moskovskij vodolaz] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan);
Bahasa Inggeris:
Moscow diver dog), atau
anjing pengutip Moscow ([
московский ретвивер,
moskovskij retriver] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (
bantuan);
Bahasa Inggeris:
Moscow retriever dog) ialah satu
baka anjing yang kurang diketahui yang diperoleh daripada
anjing Newfoundland,
anjing gembala Kaukasus dan
anjing gembala Eropah Timur. Ia kini pupus, tetapi pernah digunakan dalam pengembangan
terier hitam Rusia. Anjing air Moscow dihasilkan hanya oleh Kenel Bintang Merah (
Bahasa Rusia: Красная звезда), pertubuhan kendalian negeri yang dikhaskan untuk menyediakan anjing pekerja untuk khidmat bersenjata.Selepas
Perang Dunia II, hanya ada sedikit anjing pekerja di
Kesatuan Soviet kerana banyak yang terkorban semasa perang. Sesetengah diimport tetapi tidak ada cukup untuk mengasaskan program pembiakbakaan khas untuk baka tertentu. Sekolah Anjing Pekerja Ketenteraan Pusat (Kenel Bintang Merah), di bawah perintah Kolonel G. P. Medvedev mula bekerja mengembangkan sebilangan baka khas sendiri dengan penyilangan ternakan tersedia. Beberapa baka diasaskan termasuk anjing Newfoundland Moscow, satu silangan
anjing gembala Jerman dengan anjing Newfoundland; anjing Denmark besar Moscow, menggunakan
anjing gembala Jerman dan
anjing Denmark besar; anjing pemburu Brudasty, yang merupakan kacukan
terier Airedale dengan anjing pemburu Rusia;
anjing pengawal Moscow, satu gabungan
anjing Santo Bernard dan
anjing gembala Kaukasus; dan anjing air Moscow. Baka paling berjaya untuk keluar daripada program ini ialah
terier hitam Rusia, yang memperoleh pengiktirafan antarabangsa pada 1984; ia diperoleh daripada gabungan 14 baka berlainan termasuk anjing air Moscow pada peringkat pengembangan kemudian.Anjing air Moscow dibiakbakakan di Krasnaya Zvezda,
Belarus, dengan pembiakbakaan silang anjing Newfoundland jantan dengan anjing gembala Eropah Timur dan anjing gembala Kaukasus betina, dan dengan
pengawanan anak dengan yang lain. Ia dikembangkan sebagai anjing penyelamatan air/
penyelamatan nyawa, tetapi menurut O. Krasnovskaya, "Itu bukan idea bagus kerana [ia] tidak sanggup menyelamatkan orang lemas, tetapi kebanyakannya kelihatan menggigit mereka maka baka ini tidak pernah dikembangkan."