Anjing_rakun
Anjing_rakun

Anjing_rakun

Anjing rakun (Nyctereutes procyonoides, daripada perkataan bahasa Yunani nukt-, "malam" + ereutēs, "perayau" + prokuōn, "sebelum anjing, praanjing" [tetapi dalam bahasa Latin Baru digunakan untuk memaksudkan "rakun"] + -oidēs, "-oid"), juga dikenali sebagai magnut[2] atau tanuki, ialah sejenis canid yang asli di Asia Timur. Ia merupakan satu-satu spesies ekstan dalam genus Nyctereutes. Ia dianggap sebagai spesies canid basal, menyerupai bentuk leluhur bagi keluarga. Sesama Canidae, anjing rakun mengongsi tabiat kerap memanjat pokok hanya dengan rubah kelabu Amerika Utara, satu lagi spesies basal.[3][4][5] Anjing rakun dinamai sempena keserupaannya dengan rakun (Procyon lotor), yang dengannya anjing rakun tidak berkait rapat.Populasi anjing rakun Asia Timur asli telah menurun pada tahun-tahun terkini kerana perburuan, perdagangan bulu, pembandaran, peningkatan haiwan berkaitan dengan tamadun manusia seperti haiwan peliharaaan dan haiwan terbiar, dan penyakit yang boleh ditularkan sesama haiwan-haiwan ini.[petikan diperlukan] Ikutan pengenalannya ke Eropah tengah dan ke Eropah barat, walau bagaimanapun, ia telah dianggap sebagai spesies invasif yang berpotensi berbahaya.[6]"Rakun Asia, sungguhpun bukan nama am yang diterima dalam kegunaan oleh komuniti sains, ialah nama yang diperoleh di bawah undang-undang persekutuan dalam pengiklanan dan pelabelan pakaian yang diperbuat daripada anjing rakun" di Amerika Syarikat.[7]

Rujukan

WikiPedia: Anjing_rakun http://animal.discovery.com/guides/mammals/habitat... http://gpsed.com/track/7890159070006756588 http://www.upi.com/Top_News/2009/09/04/Sweden-says... http://www.canids.org/PUBLICAT/CNDNEWS2/racoondg.h... http://www.canids.org/species/Nyctereutes_procyono... http://www.humanesociety.org/news/press_releases/2... http://www.iucnredlist.org/details/14925 http://www.waza.org/en/zoo/visit-the-zoo/dogs-and-... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Nycter...