Biografi Ankhesenpepi_I

Ankhesenpepi adalah anak perempuan Nebet iaitu wazir perempuan dan suaminya Khui. Adik Ankhesenpepi ialah Ankhenespepi II, dan saudara lelakinya ialah Wazir Djau .[1]

Kedua-dua beradik perempuan - Ankhesenpepi I dan II - telah berkahwin dengan Firaun Pepi I yang nama takhtanya ialah Meryre; nama mereka mungkin diambil apabila perkahwinan berlangsung, kerana ia bermaksud "Kehidupannya milik Pepi/Meryre". Kedua-dua permaisuri melahirkan pengganti Pepi: anak Ankhenespepi I ialah Merenre Nemtyemsaf I, yang memerintah hanya selama beberapa tahun; anak Ankhenespepi II ialah Pepi II, yang menjadi ganti selepas kematian Nemtyemsaf.[2]

Beliau disebut bersama-sama dengan adik perempuannya pada stela saudara lelaki mereka di Abydos, juga, di piramidnya, pada penulisan di Berlin dan sepucuk dekri di Abydos.[3]

Gelarannya ialah: Suri Raja, Ibunda Raja, Cogan Alam Agung .[3]