Anna_Jobling

Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (lahir 14 Ogos 2000) merupakan seorang model dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.[1]Dilahrkan di Kuala Lumpur kepada bapa Melayu dan ibu Portugis, beliau memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 15 tahun dengan bergiat aktif di peragaan fesyen majalah dan iklan komersial televisyen. Malah ketika itu beliau sudahpun ditawarkan ke sesi ujibakat, namun menolak kerana masih kecil dan berasa segan.Selain itu, beliau paling dikenali kerana dikatakan pernah dituduh menjadi punca perlucutan gelaran Dewi Remaja 2018/19 yang dimenangi oleh Haneesya Hanee.[2][3]

Anna_Jobling

Pekerjaan Model, pengacara
Tahun aktif 2018–kini
Kelahiran Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman
(2000-08-14) 14 Ogos 2000 (umur 19)
Kuala Lumpur, Malaysia