Ansan
Ansan

Ansan

Ansan (Sebutan bahasa Korea: [an.san]) ialah sebuah bandar raya di Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan. Ia terletak di barat daya Seoul dan merupakan sebahagian daripada Kawasan Ibu Negara Seoul. Ia dihubungkan ke Seoul dengan kereta api melalui Laluan 4 Kereta Api Bawah Tanah Seoul. Ansan terletak di kawasan pantai Laut Kuning dan beberapa pulau juga terletak di bawah pentadbiran bandar raya ini. Pulau terbesar dan yang paling terkenal adalah Pulau Daebu. Beberapa institusi pengajian tinggi juga terletak di Ansan termasuk Universiti Ansan, Kolej Teknologi Ansan, Institut Seni Seoul dan kampus ERICA Universiti Hanyang. Agensi kerajaan, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Korea juga beribu pejabat di Ansan.[1] Dengan jumlah pekerja asing yang tinggi, Wongokbon-dong telah dipilih sebagai sebuah kawasan pelbagai budaya.[2]

Ansan

Burung Bangau cina
• Hanja
• Kepadatan 4,600/km2 (12,000/batu persegi)
Bunga Mawar
• Revised Romanization Ansan-si
Pertama kali disebut 940
• Loghat Seoul
Pokok Ginkgo
Bahagian pentadbiran 2 gu, 25 dong
Kawasan Sudogwon
Kod kawasan (+82) 31
Laman web www.iansan.net
• Hangul
Negara Korea Selatan
Ketinggian 139 m (456 ft)
• Jumlah 693,546
Status bandar raya 1986
• McCune-Reischauer Ansan-shi