Penerbitan Antaramasa

Menurut penerbit, Umair Mohamed, idea untuk penerbitan filem ini timbul kerana minat mendalam terhadap genre cereka sains.[5] Tajuk asal filem ini ialah Paradox, namun ditukar kepada Antaramasa. Konsep rentas masa digunakan sebagai tema untuk filem.[6] Proses pembikinan filem ini berdepan dengan cabaran sejak peringkat awal, termasuk penulisan skrip filem ini yang mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.[3][7]

Untuk filem ini, pengarahnya, Ramdan Che Hassan memetik beberapa filem cereka sains termasuk XX Ray, Oblivion dan The Butterfly Effect sebagai inspirasi. Beliau juga mendapat persetujuan daripada Aziz M. Osman dan berjaya menghubungi Aleeza Kasim yang menetap di Belanda. Ramdan turut mengkaji banyak teori fizik kuantum dan teori serta merujuk banyak sumber berkaitan teori pengembaraan masa.[3][7]

Menurutnya, ia penting bagi mencari teori sesuai untuk dijadikan landasan dan peraturan. Penggambaran mengambil masa selama 24 hari di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan pada 2014. Sepanjang penggambaran, keadaan cuaca tidak menentua apabila hujan lebat hampir setiap hari di semua lokasi penggambaran. Sebanyak 45% adegan dalam Antaramasa menggunakan imej janaan komputer (CGI) dengan belanjawan besar untuk membina set.[3][7][8]

Josiah Hogan yang memegang watak sebagai Asri mengakui ada rumusan untuk buat sebuah filem cereka sains. Beliau berkata dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia: "Antaramasa mengajar saya banyak perkara juga dan rupa-rupanya tak mudah ya sebab naskhah ini memerlukan saya banyak menghafal dialog selain bermain dengan aspek teknikal berat". Filem ini menandakan kali pertama Josiah membintangi filem sci-fi.[9]

Rujukan

WikiPedia: Antaramasa http://www.imdb.com/title/tt14973556/ http://www.cinema.com.my/articles/news_details.asp... https://www.budiey.com/filem-antaramasa/ https://gempak.com/berita-terkini/antaramasa-tampi... https://www.kopiplanet.com/antaramasa-papar-kisah-... https://oijom.com/filem-antaramasa-bakal-membawa-p... https://www.sembangfilem.com/2021/07/filem-tempata... https://utusantv.com/2021/06/30/naskhah-sains-fiks... https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://www.kosmo.com.my/2021/07/05/pengembaraan-m...