Anu_Malik
Anu_Malik

Anu_Malik

Anwar Sardar "Anu" Malik (lahir 2 November 1960) ialah seorang penyanyi dan pengarah muzik India. Beliau ialah pemenang Anugerah Kebangsaan India dan Anugerah Filmfare, yang terutama menggubah muzik untuk industri filem Hindi.[3] Dikenali sebagai salah satu komposer muzik mega 90-an di India, beliau ialah anak kepada Sardar Malik dan berkaitan dengan Ghulam Hassan Shaggan dari Kapurthala Gharana[4] dari mana keluarga Malik juga berasal. Anu membuat penampilan sulungnya sebagai komposer muzik pada tahun 1980 dengan filem Hunterwali 77. Beliau juga merupakan satu-satunya Pengarah Muzik di Bollywood untuk memenangi Anugerah Khas Filmfare (Untuk filem Refugee). Sebagai pengarah muzik, beliau telah menggubah lagu pelbagai genre filem,[5][6] dan telah mencipta lagu untuk industri muzik filem Hindi (Bollywood). Malik terkenal dengan penggunaan tabla di dalam lagunya, termasuk "Taal Pe Jab"' dan "Mere Humsafar" dari filem Refugee, "Tumse Milke Dilka Jo Haal" dari Main Hoon Na, "Eli Re Eli" dari Yaadein dan "Baazigar O Baazigar" dari filem Baazigar.

Anu_Malik

Pekerjaan Penyanyi, komposer, pengarah muzik
Anak Anmol Malik[2]
Tahun aktif 1980–kini
Kelahiran (1960-11-02) 2 November 1960 (umur 59)[1]

Rujukan

WikiPedia: Anu_Malik http://www.imdb.com/name/nm0006182/ http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://isni.org/isni/000000006308883X https://www.hindustantimes.com/music/my-talent-sta... https://www.mapsofindia.com/who-is-who/entertainme... https://www.telegraphindia.com/1061227/asp/telekid... https://www.thehindu.com/news/cities/mumbai/tepid-... https://www.youtube.com/watch?v=kcuQmhX3amo https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb14118153w