Anugerah_Akademi_ke-75
Anugerah_Akademi_ke-75

Anugerah_Akademi_ke-75

Majlis Anugerah Akademi ke-75 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2002 dan berlangsung pada Mac 23, 2003 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Gil Cates dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz.[3] Steve Martin mengacarakan majlis ini buat kali kedua selepas kali pertama mengacara semasa Anugerah Akademi ke-73 pada tahun 2001.[4] Dalam sebuah majlis di Hotel Regent Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Mac 1, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Kate Hudson.[5]Chicago memenangi enam anugerah termasuk Filem Terbaik.[6][7] Pemenang-pemenang yang lain termasuk The Pianist dengan tiga anugerah, Frida dan The Lord of the Rings: The Two Towers dengan dua anugerah dan Adaptation, Bowling for Columbine, The ChubbChubbs!, 8 Mile, The Hours, Nowhere in Africa, Road to Perdition, Spirited Away, Talk to Her, This Charming Man dan Twin Towers dengan satu anugerah.

Anugerah_Akademi_ke-75

Tarikh Mac 23, 2003
Pengarah Louis J. Horvitz
Rangkaian ABC
Penerbit Gil Cates
Pengacara Steve Martin
Pramajlis Jann Carl
Chris Connelly
Jim Moret
Shaun Robinson[1]
Filem Terbaik Chicago
Tempoh 3 jam, 30 minit[2]
Pencalonan terbanyak Chicago (13)
Anugerah terbanyak Chicago (6)
Tempat Teater Kodak
Hollywood, Los Angeles, California, A.S.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_ke-75 http://oscar.go.com/ http://articles.latimes.com/2003/feb/12/entertainm... http://articles.philly.com/2003-03-24/news/2547331... http://www.sptimes.com/2003/03/24/Artsandentertain... http://usatoday30.usatoday.com/life/2003-03-30-adr... http://legacy.utsandiego.com/news/features/2003032... http://variety.com/2002/film/news/oscar-taps-old-p... http://variety.com/2002/film/news/oscar-watch-horv... http://variety.com/2003/film/awards/elegant-madmen... http://variety.com/2003/film/news/oscar-watch-jann...