Anugerah_Akademi_ke-76
Anugerah_Akademi_ke-76

Anugerah_Akademi_ke-76

Majlis Anugerah Akademi ke-76 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2003 dan berlangsung pada Februari 29, 2004 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Joe Roth dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz. Billy Crystal mengacarakan majlis ini buat kali kelapan. Beliau pertama kali mengacara semasa Anugerah Akademi ke-62 pada tahun 1990 dan kali terakhir semasa Anugerah Akademi ke-72 pada tahun 2000.[5] Dalam sebuah majlis di The Ritz-Carlton Huntington Hotel & Spa, Pasadena, California pada Februari 14, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Jennifer Garner.[6]The Lord of the Rings: The Return of the King memenangi sebelas anugerah termasuk Pengarah Terbaik untuk Peter Jackson dan Filem Terbaik.[7] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Master and Commander: The Far Side of the World dan Mystic River dengan dua anugerah dan The Barbarian Invasions, Chernobyl Heart, Cold Mountain, Finding Nemo, The Fog of War: Eleven Lessons from the Life of Robert S. McNamara, Harvie Krumpet, Lost in Translation, Monster dan Two Soldiers dengan satu anugerah.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Akademi_ke-76 http://www2.canada.com/montrealgazette/features/sx... http://www.cbsnews.com/8301-500185_162-603036.html http://www.ew.com/ew/article/0,,574422,00.html http://www.ew.com/ew/article/0,,585283,00.html http://www.ew.com/ew/article/0,,596240,00.html http://oscar.go.com/ http://articles.latimes.com/2003/sep/25/news/wk-mu... http://articles.latimes.com/2004/jan/28/entertainm... http://www.nytimes.com/2004/02/15/movies/oscar-fil... http://articles.philly.com/2003-09-25/news/2545705...