Anugerah_Filem_Pilihan_Pengkritik
Anugerah_Filem_Pilihan_Pengkritik

Anugerah_Filem_Pilihan_Pengkritik

Anugerah Filem Pilihan Pengkritik (Bahasa Inggeris: Critics' Choice Movie Awards; dahulunya dikenali sebagai Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran) ialah rancangan anugerah yang dipersembahkan secara tahunan oleh Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran (BFCA) untuk memberi penghormatan kepada pencapaian sinematik terbaik. Undian bertulis dihantar semasa tempoh pencalonan selama seminggu dan calon-calon yang berjaya akan diumukan pada bulan Disember. Para pemenang dipilih oleh pengundian lanjutan didedahkan di acara Anugerah Filem Pilihan Pengkritik pada bulan Januari. Selain itu, anugerah-anugerah khas pula diberikan mengikut budi bicara Lembaga Pengarah BFCA.Anugerah ini pasa asalnya dinamakan sebagai Anugerah Pilihan Pengkritik. Pada 2010, perkataan 'Filem' ditambah bagi membezakannya daripada Anugerah Televisyen Pilihan Pengkritik, yang pertama kali diadakan pada tahun berikutnya oleh Persatuan Pengkritik Televisyen Penyiaran. Nama Anugerah Pilihan Pengkritik kini secara rasminya merujuk kepada kedua-dua anugerah secara kolektif.[1]Dari tahun 2006 hingga 2009, acara anugerah diadakan di Auditorium Sivik Santa Monica, California. Pada tahun 2010 hingga 2012, anugerah ini berlangsung di Hollywood Palladium. Siaran televisyen secara langsung bagi acara anugerah ini beralih dari saluran VH1 kepada The CW pada 2013,[2] dengan acara ke-19 dikeudarakan pada 16 Januari 2014, langsung dari Hangar Barker[3][4] di Santa Monica, California.[5] Pada Oktober 2014, ia diumumkan bahawa Anugerah Filem Pilihan Pengkritik akan bersiaran di A&E untuk tahun 2015 dan 2016.[6]