Trivia Anugerah_Juara_Lagu_ke-32

  • Rata-rata penyanyi yang mara ke AJL edisi kali ini memperlihatkan barisan penyanyi baharu dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Haqiem Rusli, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Hael Husaini, Wany Hasrita, Ara Johari dan Salma Asis.
  • Dayang Nurfaizah menjadi artis paling senior ke pentas AJL tahun ini dengan lagu Separuh Mati Ku bercinta.
  • Edisi kali ini juga akan menampilkan penyandang juara edisi lalu dan juga pemenang Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut (2015, 2016 & 2017), Dayang Nurfaizah dengan lagu Separuh Mati Ku Bercinta.
  • Wany Hasrita, Khai Bahar dan Ara Johari akan mempertaruhkan single sulung mereka masing-masing di AJL tahun ini.
  • Ini adalah kali kedua lagu nyanyian Faizal Tahir mara ke AJL sejak pengunduran beliau dari pentas besar ini di AJL 30 pada tahun 2016. Di AJL 31 tahun 2017, lagu duetnya bersama Elizabeth Tan, Setia, mara ke pentas akhir dengan dibantu oleh penyanyi gantian, Awi Rafael. Tahun ini, Azmi Caliph Busker akan menggantikan Faizal Tahir.
  • Beberapa hari sebelum AJL, Ara Johari mengalami masalah kesihatan yang menyukarkan beliau untuk menyanyi dengan baik. Sehari sebelum berlangsungnya anugerah ini, beliau membuat keputusan untuk mencari penyanyi lain untuk menggantikannya iaitu Masya Ceria Popstar yang hadir ketika sesi rehearsal pada petang sebelum AJL berlangsung. Tetapi demi peminatnya, beliau mengubah fikirannya itu dan terus menyanyi pada malam AJL.[2][3]
  • Pada malam AJL32 ini menyaksikan rata-rata penyanyi berjaya menunjukkan kehebatan vokal masing-masing seperti Salma Asis, Hael Husaini, Hazama, Azmi Caliph Busker mahupun Dayang Nurfaizah yang telah memenangi kategori Vokal Terbaik sebanyak 3 kali berturut-turut. Dengan mendapat 'standing ovation' dari penonton, kategori ini dimenangi oleh Syamel & Ernie Zakri.
  • Persembahan Altimet pada malam itu juga mendapat 'standing ovation' dari semua penonton kerana persembahannya yang selamba dan sempoi sehingga memenangi "Persembahan Terbaik".[4]
  • Rata-rata props dan persembahan yang dilakukan oleh para penyanyi mempunyai unsur 'tirai' dan 'bayang'.
  • AJL32 merupakan penyertaan lagu ke-7 dalam 6 edisi bagi Dayang Nurfaizah dan ia juga merupakan edisi pertama beliau gagal memenangi sebarang anugerah.