Am Anugerah_Shout!_2010

Kempen Shout! 2010 dilancarkan di sebuah sidang media di Prince Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada 9 Ogos 2010[1], dengan pengumuman bahawa penganguerahan kali ini memperkenalkan empat anugerah baru, iaitu[2]:

  • Music Video (kategori Muzik): video muzik Malaysia pilihan
  • Breakthrough Local Feature (kategori TV & Filem): filem Malaysia yang paling kreatif/inovatif
  • Favourite TV Personality (kategori TV & Filem): pengacara rancangan televisyen pilihan
  • Mobile Artiste of the Year (kategori Muzik): artis yang memiliki muat turun lagu terbanyak di Channel X (kendalian Celcom) pada 1 Januari 2009 hingga 30 Jun 2010.

Proses pencalonan melibatkan sevbuah jawatankuasa bebas yang diketuai oleh Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson, untuk memilih calon-calon paling bermutu dari kalangan penyertaan yang diberikan oleh para penggiat seni, kemudian memberikan senarai muktamad dalam media dan laman web untuk diundi oleh orang awam. Senarai pencalonan akhir diumumkan pada 13 Oktober 2010.

Malam kemuncak Shout! 2010 diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 20 November 2010. Pengacaranya ialah Hafiz Hatim, Sarah Lian, dan Henry Golding. Artis antarabangsa undangan kali ini ialah Iyaz[3], penyanyi hip-hop kelahiran Kepulauan Virgin British.