Sejarah Aora

Sebelum Aora wujud, terjadi ketidakpersefahaman mengenai kerjasama Kelompok Lippo dan Astro dalam pelancaran siaran satelit Astro Nusantara. Dilancarkan tanggal 7 Ogos 2008. Aora memiliki hak siar Liga Utama Inggeris.[1]

Saat pertama kali dilancarkan televisyen berlangganan ini bernama Citra TV, menayangkan 4 saluran sementara Sukan Olimpik Beijing 2008. Saluran yang lain yang juga ditawarkan aora (yang pada masa itu bernama Citra TV) ialah TVRI, tvOne, SCTV, CNN International, Hallmark Channel, Boomerang SEA Asia, ESPN dan Star Sports. Televisyen berlangganan ini didirikan untuk menggantikan Astro Nusantara.