Apam_balik
Apam_balik

Apam_balik

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, Murtabak manis dan Terang bulan merupakan sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai.[1] Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas. Tapi awas lidah boleh melecur dan perlu menunggu sedikit masa untuk pesanan siap dimasak.Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas kuali tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng atau nestum, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-