Ar-Raheeq_Al-Makhtum

Ar-Raheeq-ul-Makhtum (bahasa Arab/Urdu: الرحيق المختوم ; bermakna "minuman yang termeterai bekasnya") ialah buku sirah (biografi) Nabi Muhammad s.a.w., ditulis dalam bahasa Arab dan Urdu oleh Safi-ar-Rahman Mubarakpuri. Versi Arab buku ini mendapat tempat pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam pada 1979 (1399 H), menewaskan 170 manuskrip lain dalam pelbagai bahasa.[1] Ia telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu dengan nama yang sama, "Al-Raheeq Al-Makhtum", lazimnya dengan subjudul seperti "Sirah Nabawiyah" atau "Sirah Nabi".Tajuk buku ini datangnya dari ayat al-Quran Surah Al-Mutaffifiin: Yusqawna mirraheeq-(in)-makhtum-in (bermakna Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya).[Quran 83:25]

Ar-Raheeq_Al-Makhtum

Bahasa Arab, Urdu
Halaman 440 - 600
Penerbit Darussalaam
Pengarang Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri
Negara India
Jenis media Cetak (kulit keras)
Genre Biografi