Kerjaya Ardell_Aryana

Penglibatan Ardell dalam bidang seni bermula secara tidak sengaja.[4] Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah produksi yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada pelakon, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.[3]

Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahaya.

Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu.[5] Di samping itu, beliau juga telah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016. Program arahan pengarah Nizam Zakaria menemui penonton pada 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD.[6][7][8]

Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem seram bertajuk CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut.[9][10][11] Pada tahun 2017, Ardell muncul dalam drama bersiri Cinta Hati Batu yang bersiaran di TV3.

Ardell muncul dalam sebuah filem drama sukan bertajuk Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018.[12][13][14] Beliau muncul dalam filem XX-Ray 3 arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.[15][16]

Rujukan

WikiPedia: Ardell_Aryana http://www.agendadaily.com/Hiburan/kenangan-cctv-y... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ardell-ar... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/teman-tap... http://www.imdb.com/name/nm9261951/ http://www.prokuyastudios.com/?portfolio=tennis http://www.bharian.com.my/node/195708?m=1 http://www.hmetro.com.my/node/66196 http://www.kosmo.com.my/hiburan/laluan-berduri-ard... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d...