Kerjaya Ariff_Bahran

Ariff Bahran atau mesra disapa Bahran memulakan kerjaya sebagai penyanyi ketika berusia 16 tahun selepas menyertai sebuah pertandingan nyanyian berkumpulan, Pop Krew (TV9), rancangan realiti yang mempersembahkan bakat remaja-remaja versatil. Bahran menganggotai kumpulan BAEQ yang terdiri daripada empat orang ahli iaitu Bahran, Arill Fesol, Eizaz dan Que serta merupakan anak didik kepada penyanyi pop Malaysia, Stacy Anam dalam pertandingan itu.

Pada tahun 2018, beliau menyertai program nyanyian realiti terbaru Astro Ria iaitu Big Stage #DominasiBBNU. Beliau merupakan antara 10 artis baru yang lain dalam pertandingan itu. Namun, beliau tersingkir di separuh akhir dan gagal ke konsert akhir.[1]

Persembahan Big Stage

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan Big Stage 2018
KonsertLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1"Kata Akhirmu"Dirinya sendiriTERSELAMAT
Minggu 2"Sejarah Mungkin Berulang"New BoyzTERSELAMAT
Minggu 3"Marry You"

(duet bersama Ayda Jebat)

Bruno MarsTERSELAMAT
Minggu 4"Deen Assalam"Sabyan GambusTERSELAMAT
Minggu 5"Bukti"VirgounTERSELAMAT
Minggu 6"Kisah Antara Kita"One Avenue BandTERSELAMAT
"Yang Pernah"

(duet bersama Sarah Suhairi)

EstrangedTERSELAMAT
Minggu 7"Gerhana"M. NasirTERSELAMAT
"Mama Papa Larang"

(duet bersama Aepul Roza)

JudikaTERSINGKIR