Sejarah Armada_Besar

Skuadron Tempur Ke-2 Armada Besar pada tahun 1914. Dari kiri ke kanan adalah kapal: King George V, Thunderer, Monarch and Conqueror. Armada Besar berlayar dalam barisan selari semasa Perang Dunia I

Ditubuhkan pada Ogos 1914 daripada Armada Pertama dan elemen-elemen Armada Kedua dari Armada Tanahair (Home Fleet), Armada Besar merangkumi 25–35 buah kapal utama yang terbaru. Ia pada mulanya diperintah oleh Laksamana Sir John Jellicoe.[1] Beliau telah digantikan oleh Laksamana Sir David Beatty pada Disember 1916.[2]

Armada Besar mula-mula berpangkalan di Scapa Flow, Pulau Orkney dan kemudian di Rosyth, Muara Forth. Ia mengambil bahagian dalam peperangan terbesar armada – iaitu Pertempuran Jutland – pada Jun 1916.[1]

Pada April 1919 Armada Besar telah dibubarkan dan kebanyakan kekuatannya membentuk Armada Atlantik yang baharu.[3]