Kapal_utama
Kapal_utama

Kapal_utama

Kapal utama bagi tentera laut merupakan sebuah kapal perang "penting"; yang mempunyai perisai dan kuasa tembak yang paling kuat. Biasanya tidak terdapat syarat khusus bagi pengelasan, tetapi ia adalah konsep berguna apabila memikirkan berkenaan strategi, sebagi contoh untuk membandingkan kekuatan tentera laut di medan tempur tanpa terpaksa tenggelam dalam perincian berkenaan berat tan dan ukur lilit meriam. Kapal utama biasanya merupakan kapal utama atau memimpin sesebuah armada kapal perang. Pada abad ke 20, terutamanya dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia 1, antara kapal-kapal utama adalah kapal tempur dan kruiser tempur. Manakala semasa Perang Dunia II, kapal utama adalah kapal pengangkut pesawat. Kesemua kapal-kapal di atas memiliki berat lebih daripada 20,000 tan sesaran atau lebih. Kruiser berat, meskipun merupakan kapal penting, ia tidak dianggap sebagai kapal utama. Semasa Perang Dingin, kruiser tempur Kelas Kirov milik Soviet mempunyai berat sesaran yang cukup besar bagi menyaingi kapal utama pada era Perang Dunia II, kemungkinannya mengtakrifkan kapal penjajap tempur bagi era tersebut. Pada abad ke 21, kapal pengangkut pesawat merupakan kapal utama yang terakhir, dengan pengelasan diberikan berdasarkan jumlah pesawat udara yang boleh dibawa, dan bukannya jumlah meriam dan kalibernya.Takrifan "kapal utama" dirasmikan dalam perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1920-an dan 30-an; lihat Perjanjian Tentera Laut Washington, Perjanjian Tentera Laut London, dan Perjanjian Tentera Laut London Kedua.Sebelum kegunaan tentera laut logam sepenuhnya pada akhir abad ke 19, kapal utama adalah kapal perang Tahap Pertama, Kedua atau Ketiga:Frigat merupakan sebuah kapal tahap empat atau lima; manakala korvet pula merupakan kapal tahap enam.Lihat juga Kapal tahap barisan