Kruiser_tempur
Kruiser_tempur

Kruiser_tempur

Kapal kruiser tempur, atau kapal penjajap tempur, adalah sejenis kapal utama pada awal abad ke-20. Ia berkongsi saiz, kos, dan senjata dengan kapal tempur, tetapi ia biasanya membawa sedikit perisai untuk mencapai kelajuan yang lebih pantas. Kruiser tempur telah direka di United Kingdom pada awal dekad abad ke-20, sama seperti pembinaan kruiser berperisai, pada masa yang sama juga dreadnought menggantikan kapal tempur pra-dreadnought. Matlamat reka bentuknya adalah untuk bergerak lebih pantas daripada mana-mana kapal dengan senjata yang sama, dan mengejar mana-mana kapal dengan senjata yang lebih sedikit; ia bertujuan untuk memburu kapal kruiser berperisai yang lebih perlahan, lebih usang dan memusnahkannya dengan tembakan meriam berat sambil mengelak pertarungan dengan kapal tempur yang lebih kuat tetapi perlahan. Namun, apabila semakin banyak kruiser tempur dibina, ia semakin digunakan bersama kapal tempur yang lebih kebal.Kruiser tempur berkhidmat dalam tentera laut UK, Jerman, Empayar Uthmaniyyah, Australia dan Jepun semasa Perang Dunia I, terutamanya di Pertempuran Kepulauan Falkland dan beberapa serangan dan peninjauan di Laut Utara yang memuncak dalam pertempuran armada yang dahsyat, iaitu Pertempuran Jutland. Kruiser tempur British khususnya mengalami kekalahan teruk di Jutland, dimana perisai ringan mereka membuatkan mereka sangat terdedah kepada bedilan meriam berkaliber besar. Pada penghujung perang, reka bentuk kapal utama telah dibangunkan dengan kapal tempur menjadi lebih pantas dan kruiser tempur menjadi lebih berperisai, mengaburkan perbezaan antara kruiser tempur dan kapal tempur laju. Perjanjian Tentera Laut Washington, yang menghadkan pembinaan kapal utama dari tahun 1922 dan seterusnya, kapal tempur dan kruiser tempur dilayan sama taraf, dan generasi baru kruiser tempur yang dirancang telah dibatalkan dibawah syarat-syarat perjanjian itu.Penambahbaikan dalam reka bentuk perisai dan propulsi menghasilkan "kapal tempur laju" era 1930an dengan kelajuan sebuah kruiser tempur dan perisai kapal tempur, menjadikan kruiser tempur usang. Oleh itu dari tahun 1930an keatas, hanya Royal Navy meneruskan penggunaan "kruiser tempur" sebagai pengelasan bagi kapal utama era Perang Dunia I yang kekal dalam armada; manakala kruiser tempur Jepun kekal dalam perkhidmatan, ia telah dibina semula dengan ketara dan dinilai semula sebagai kapal tempur laju sepenuhnya.[Note 1]Kruiser tempur dilancarkan semula semasa Perang Dunia II, dan hanya satu yang terselamat pada penghujung perang. Terdapat juga minat yang diperbaharui dalam kapal perang besar jenis "pembunuh kruiser", tetapi hanya sedikit yang bermula, apabila pembinaan kapal tempur dan kruiser tempur dikurangkan untuk memberi laluan kepada kapal pengiring konvoi, kapal pengangkut pesawat, dan kapal kargo yang lebih diperlukan. Dalam era pasca Perang Dingin, kruiser besar peluru berpandu kelas Kirov Soviet juga telah dinamakan sebagai "kruiser tempur".

Berkaitan