Sejarah Armant,_Mesir

Runtuhan Erment, 1840-an, daripada The Holy Land, Syria, Idumea, Arabia, Egypt, and Nubia

Nama Mesir Purba untuk bandar tersebut bermaksud "Bandar Suria Montu ", seorang dewa Mesir yang akar namanya bermaksud "pemindah-randah".[3][4] Montu dikaitkan dengan lembu jantan yang mengamuk, kekuatan dan peperangan. Dia juga dipercayai dapat menjelma sebagai seekor lembu jantan putih dengan muka hitam, yang dipanggil Bakha. Raja-raja yang juga menjadi jeneral yang terhebat Mesir menjuluki diri mereka Lembu Perkasa, anak-anak Montu.[5] Dalam penceritaan Pertempuran Kadesh yang terkenal, Ramesses II dikatakan telah melihat musuh dan "mengamuki mereka seperti Montu, Raja Thebes".[6]

Tapak patung granit yang ditulis nama Senusret I. Dua kaki perempuan, di sebelah kanan kaki kanan raja. Dari Armant, Mesir

Sebuah kuil untuk dewa Montu dibina di Hermonthis suatu masa dahulu, semasa Dinasti Kesebelas. Pembina terawal kuil ini yang diketahui ialah Nebhepetre Mentuhotep II. Kuil ini diperluaskan semasa Dinasti Kedua Belas dan Kerajaan Baru. Ia telah dimusnahkan semasa Zaman Akhir Mesir, tetapi sebuah kuil baru dimulakan pembinaannya semasa pemerintahan Nectanebo II dan diteruskan oleh kerabat Ptolemy. Cleopatra VII dan Ptolemy XV Caesarion menambahkan bangunan khas dengan tasik suci untuk tujuan upacara. Kuil itu kelihatan sehinggalah abad kesembilan belas, apabila ia diruntuhkan untuk membina sebuah kilang gula. Hari ini, yang hanya boleh dilihat ialah tonggak pedaka Thutmose III.

Dua gerbang telah ditemui di kawasan itu, salah satunya telah dibina oleh Antoninus Pius. Bukheum, tempat lembu suci Bukhis Hermonthis dikebumikan, terletak di pinggir utara gurun berhampiran bandar. Pengebumian lembu jantan yang terawal berasal dari zaman Nectanebo II, dan kompleks itu digunakan sehingga pertengahan abad ke-4 Masihi. Tapak pengebumian Ibu Lembu-lembu Bukhis juga telah dikenal pasti. Terdapat banyak tanah perkuburan dari zaman yang berbeza terletak berhampiran Hermonthis.

Di bawah Cleopatra VII, Hermonthis menjadi ibu kota nomos Mesir Hulu ke-4. Bandar ini masih digunakan semasa era Qibti.

Rujukan

WikiPedia: Armant,_Mesir https://archive.org/details/Gauthier1925_1/page/n3... https://archive.org/details/egyptianhierogly02budg... https://archive.org/details/egyptianhierogly01budg... https://archive.org/details/spiritofanciente0000ru... https://books.google.com/books?id=MzVszHxO3JoC&pg=... https://web.archive.org/web/20111201092146/http://... http://www.reshafim.org.il/ad/egypt/kadeshaccounts... https://www.wikidata.org/wiki/Q679056#identifiers https://viaf.org/viaf/130347397 https://www.worldcat.org/identities/containsVIAFID...