Contoh Asabiyyah

Kitaran Asabiyyah yang digambarkan Ibn Khaldun benar bagi hampir kesemua tamadun sebelum zaman moden. Penceroboh bangsa nomad lazimnya menyerapkan agama dan budaya tamadun-tamadun yang ditakluki mereka. Hakikat ini benar bagi pelbagai penceroboh Arab, Berber, Turki dan Mongol yang menyerang alam Islam pada Zaman Pertengahan yang akhirnya menyerap agama dan kebudayaan Islam.

Di luar dunia Islam, kitaran Asabiyyah juga benar bagi setiap tamadun pra-moden, sama ada di China di mana kitaran dinasti menyerupai kitaran Asabiyyah Ibnu Khaldun, di Eropah di mana terdapat beberapa gelombang orang gasar menganut agama Kristian dan kebudayaan Yunani dan Romawi, atau di negeri Hindi atau Parsi di mana penceroboh nomad diserapkan ke dalam tamadun-tamadun itu.