Asabiyyah

Asabiyyah ataupun 'asabiya (Arab: عصبية, ʻaṣabīya) merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kejeleketan sosial (kepaduan sosial),[1] pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai sistem komunalisme. Ia perkataan yang dikenali sejak zaman Jahiliah, tetapi menjadi terkenal dan masyhur dalam Muqaddimah Ibnu Khaldun (Pengenalan Ibnu Khaldun), di mana "asabiyyah" diperikan sebagai ikatan asas masyarakat insani denagn daya asas penggerak sejarah. Asabiyyah tidak semestinya berasaskan cara hidup nomad atau pertalian darah; sebaliknya, ia menyerupai falsafah republikanisme klasik. Dalam zaman moden, perkataan ini secara amnya serupa dengan perpaduan. Namun, perkataan ini sering dikaitkan secara negatif kerana kadangkala ia juga dapat menimbulkan anggapan kesetiaan kepada kumpulan seseorang itu tidak kira apa jua keadaan, atau sikap pemihak.[2]