Asia-Pasifik
Asia-Pasifik

Asia-Pasifik

Asia-Pasifik atau APAC ialah sebahagian kawasan di dunia di atau berhampiran Lautan Pasifik Barat. Kawasan ini termasuklah Asia Timur, Asia Tenggara, Australasia dan Oceania). Istilah Asia-Pasifik juga kadangkala termasuk Asia Selatan[petikan diperlukan], walaupun India dan jiran-jirannya lebih dekat dengan Lautan Hindi berbanding Lautan Pasifik. Istilah ini juga termasuklah Rusia (di Pasifik Utara) dan negara-negara di Amerika Utara dan Selatan yang di persisiran Lautan Pasifik Timur.Walaupun merupakan suatu pemerihal geografi yang kurang tepat, istilah Asia-Pasifik menjadi amat popular dari akhir 1980-an apabila ekonomi-ekonomi di kawasan beraneka jenis ini mengembang kerana peningkatan aliran modal, perdagangan dan bentuk-bentuk interaksi ekonomi dan politik lain.Dalam sesetengah konteks, kawasan ini mungkin meliputi negara Asia utama, serta negara di sekeliling Lingkungan Pasifik, dari Oceania, ke Rusia, hingga pantai barat Amerika. Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, contohnya, termasuklah Kanada, Chile, Rusia, Mexico, Peru, dan Amerika Syarikat.