Khasiat Asparagus

Kandungan pemakanan asparagus adalah berbeza antara asparagus hijau dan asparagus putih. Setip 100 g asparagus hijau mengandungi 92 g air, 2.8 gm protein, 0.2 gm lemak, 2.2 g karbohidrat, 980 IU vitamin A, 0.23 g vitamin B, 2.2 mg niasin dan 52 mg fosforus serta 132 kJoule tenaga. Kandungan zat pemakanan asparagus putih lebih rendah sedikit. Berat setiap 1,000 biji benih asparagus bersamaan 40 g.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah seterunsya menyebabkan wujudnya masalah-masalah kulit seperti jerawat atau kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.[perlu rujukan]