Astro_Shaw
Astro_Shaw

Astro_Shaw

Astro Shaw Sdn Bhd adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 7 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya mengutip sebanyak lebih daripada RM 30 Juta. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya.Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.Norsalvina Alwee
Anwari Ashraf
A'tifah Ishak